Isnin, 29 Julai 2013

Bunga Bunga di Kampung

Salam 20 ramadan kepada semua pembaca WN. Harini nak tunjuk gambar pokok pokok bunga yang emak tanam di halaman rumah. Minggu lepas semasa balik ke kampung,,, sementara menunggu waktu untuk berbuka puasa so saya pun rajin rajinkan diri tengok tengok bunga di laman rumah. Biasalah nak cuba cuba belajar ambik gambar bunga dan pokok,,, kalau ada rezeki nanti, inshaallah bolehlah saya tukar ke kamera baru yang canggih canggih tu. Nak guna kamera kecik yang sekarang ni pun masih tercari cari, mood apa nak di guna. Adoiiii,,, hihihi.

Jom lihat,,,,,,,,, kat rumah saya memang saya takde tanam pokok pokok bunga macam kat rumah emak ni. Ini kategori pemalas laa nii. Biasalah kalau kita ada rumah di kampung,, memang kena rajin kan, tanam pokok bunga, pokok buah- buahan, membersihkan kawasan persekitaran halaman dan belakang rumah, meracun rumput atau lalang,membakar sampah dan sebagainya. Lainkan kalau kita tinggal di rumah flat atau teres. Segala aktiviti terbatas.So kalau nak exercises tuu,,, kenalah pergi tasik untuk berjoging.

















Biasanya emak saya akan menyiram dan meletakkan baja pada pokok bunga sementara bapa saya akan membersihkan dan memotong dahan dahan yang rendang. Kagum sangat dengan kerajinan emak dan bapa. Walaupun emak mempunyai masalah tulang dan kaki, emak tetap rajin dan gigih memastikan agar pokok bunga kertasnya sentiasa berbunga lebat. Bapa pula walaupun berusia hampir 80 tahun tetap meneruskan aktiviti sehariannya iaitu membersihkan halaman rumah, meracun rumput dan lain lain lagi. Saya amat bersyukur kepada allah s.w.t kerana dalam usia sebegini, alhamdulillah kedua ibu bapa saya masih kuat dan berupaya melakukan kerja kerja rutin harian mereka seperti biasa.







Tersangat suka dengan bau bunga kenanga  nii, sampai menusuk hidung. Teringat zaman zaman dahulu nenek dan makcik makcik suka letak bunga ni di atas sanggul rambut di kepala mereka. Pada saya bunga ni memang akan di ambil bila ada kenduri cukur jambul atau akikah anak. Saya akan selitkan bunga ini sebagai bunga rampai. Segar betul baunya. Bila masuk aja kat pintu hadapan rumah dah berbau dengan bunga ni terutamanya pada waktu senja dan awal malam.






 Zoom sikit bunga kenanga yang wangi nii.

Ok, jumpa lagi. Bye2.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan