Isnin, 29 Julai 2013

Bunga Bunga Sakura Malaysia dan Indonesia

Hai, salam mesra kepada semua pembaca WN. Semoga sihat sihat ye. Harini mood terlebih rajin so nak cerita sikit tentang set bunga sakura ni. Sebenarnya teko dan cawan dah lama dalam simpanan saya dari tahun 2009 lagi.
Masa tu memang rajin saya bersama keluarga pergi ke pasar malam di tapak MAHA, Serdang setiap hari sabtu.

 Masih teringat lagi kat kak gee, abang din , angah dan si kembar. Yelah tiap tiap minggu saya melepak di gerai kak gee dan abang din. Apa khabar ye kak gee dan abang din sekarang,, semoga sihat sihat hendaknya.


Ok lepas kumpul teko aladin dan cawan sakura ni,, memang takde penambahan langsung set sakura nii. Dia duduk diam diam aja dalam kotak. Lepas tu beli online oval plate besar sakura 16 inci,,,tapi hancuss berkecai dalam kotak. Terus tak minat nak beli online.


Nak jadi cerita seminggu sebelum ramadan 2013, alhamdulillah dapat juga saya set creamer dan sugar bowl bunga sakura ni. Jauh di terbangkan dari Indonesia. Berbanyak terima kasih ya, mbak astrid dari Unik Antik Shopku rakan fb dari Surabaya yang membantu saya melengkapkan koleksi set bunga sakura yang lawa ni.

Saya masih mencari pinggan kuih untuk set sakura pink ni dan juga kalau boleh nak 2 ketul cawan bermulut lebar untuk lengkapkan koleksi sakura memandangkan tempat penyimpanan yang terhad di rumah.


Jom layann gambar,,,



Alhamdulillah dah lengkap set sakura ni,, teko sakura tu NOS dari kak gee dan abang din masa beli di MAHA dulu,,,





Cawan jenis siku yang NOS dari kak gee dan abang din,,,




Sugar bowl ni pun cun melecun,, rim masih berkilat





Creamer pun segak kan,,,,


Ok hingga jumpa lagi, bye2.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...