Khamis, 16 Oktober 2014

Kek Pisang Sempoi

Assalamualaikum rakan rakan blog WN semua, Diharap agar anda semua sihat sejahtera. Harini mood tersangat free so nak share resepi kek pisang sempoi yang tersangat sedap. Kalau nak rasa keenakan kek pisang yang cair di mulut nii, kenalah mencuba resepinya yee, jangan malas,, hahaha,, adoyai macamlah saya ni terer bab bab masak kek nii. Bukannya apa semenjak dah beli oven nii,, kenalah rajin kan mencuba resepi baru. Sebelum terjumpa resepi ni dah 2 kali akak buat kek pisang tapi semua tak cantik walaupun rasanya sedap,, ada yang merekah kat tengah walaupun suhu oven dah direndahkan ke 180 C,,ada yang mendap kat tengah dan tak masak di tengah dan macam macam lagilah,, so kenalah rajin tahu berapa suhu yang sesuai ikut oven masing masing, tahu adakah loyang untuk bakar kek tuu sesuai atau tak dan sebagainya,, yelahkan  belajar dari kesalahan kan,,,, jom tengok resepi,,,,

Resepi ni saya copy dari blog kak azie kitchen, sesiapa yang nak mencuba boleh tengok link ni ye,,

Tq kak azie,, sedap sangat kek pisang nii. 

Untuk kek pisang ni, tak perlu guna mentega ye hanya guna minyak jagung  saja manakala pisang pula saya guna pisang montel ,beli kat Jusco. Penat meronda pasaraya, tak jumpa pulak pisang emas dan yang seangkatan dengannya.





Sedap tau, jom cuba jangan tak cuba.




Tu dia, kejap aje dah licin.  Budak budak suka makan bapak budak pun suka,, hahah, Kalau kita biarkan semalaman lagi kek pisang akan moist seperti dalam gambar tuu. 

Ok semua, jumpa lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...