Jumaat, 29 Oktober 2010

Sentuhan Teko Bersiku Tajam




Hai, hai, hai semua. Salam satu Malaysia. Hari ni nak tunjuk teko rose hitam, dapat dari kak Chah Terengganu. Sebenarnya nak pujuk hati yang frust ni takpelah tak dapat teko siku 5 roses dapat teko siku rose hitam ni, jadilah untuk melengkapkan koleksi yang sedia ada. Layan jee laa. Selamat berhujung minggu. Bye bye.

Khamis, 28 Oktober 2010

Sungguh Terpesona Mataku Memandang





Hai semua sahabat sahabat maya, semoga anda sihat sejahtera. Hari nii saya nak ambik mood untuk rajin mengentry nii. Hari ahad lepas, jalan jalan kat flea market tiba tiba ternampak pulak seorang brother tuu tengah mengeluarkan oval plate twin rose untuk diletak atas meja jualan. Apa lagi saya pun terus menyapa dan membelinya dengan harga yang berpatutan, biasalah tuu baru nak bukak kedai. Rasanya saya ada tips yang berguna, kalau kawan kawan nak pergi mana mana flea market kena pergi awal pagi sebab mood para peniaga tengah baik dan takde masa nak layan kita lebih lebih sebab nak menyusun barang dagangan. Ha ha ha, percaya tak?


Ha, inilah dia oval plate yang di nanti nanti, berbiku biku dan ada rim emas di sekelilingnya dengan keadaan yang cukup mantap. Rasanya masih baru lagi saya dapat oval plate yang besar dari Ajmah haritu, tak disangka dapat lak yang berbiku biku nii patern sebegini. Memang cun.



Dua sekali tuu dapat beli dengan harga mampu milik.





Yang ini pulak piring kuih yang besar dengan bunga pun gemuk jugak, terserlah kecantikan twin rose nii dengan rim yang berkilat. Susah nak dapat piring kuih yang besar camni.






Yang ni piring meakum, baru je dapat. Betul ke ejaan tuu?. Piring ni sesuai untuk letak sambal sambal goreng ke sambil makan ubi rebus di Teratak Warisan Nenek. Okla, sekian sahaja untuk kali ini, jumpa di lain catatan.

Sabtu, 23 Oktober 2010

Mulut Lebar Tu Mulut Jahat Ke?





Hello, hello. Wat apa tadi, busy ke? Jomla tengok gambar cawan bunga kangkung nii, dah lama simpan kat file, berat pulak komputer kalau banyak sangat gambar ni. Dulu masa mula mula terjebak dengan koleksi barang lama ni, saya pun memang tak meneliti sangat bentuk bentuk cawan BK yang saya beli. Janji berlainan bentuk je. Tapi pada suatu hari tuu, saya ternampak koleksi cawan BK ni rupanya banyak kategori contohnya si mulut lebar nii, ingatkan satu spesis je rupanya tiga kategori, biasa, sederhana dan paling lebar. Lepas tu pulak ada yang di kaki bawah cawan 1 line dan double line. Terjojol biji mata bila penjual tuu explained kat saya. Lepas tuu dia explained tentang cop mohor pulak, katanya cop merah paling lama jenis yang berlambang dalam tahun 50 an manakala cop hijau era pertengahan tahun 60 an. Yang tak bercop boleh teka sendirilah, hihi mungkin kilang cop dah over production.
Yang cawan kat atas tuu, tengok betul betul, double line dan BK nye agak malap sikit tapi besar sebab tu saya terus beli.









Ini lah cawan mulut lebar BK yang paling lebar, memang cantiklah cawan nii. Kalau kawan kawan perasan ,dulu saya ada n3 juga bentuk mulut lebar tetapi yang itu jenis yang biasa saja kelebarannya tetapi yang ini boleh penuh satu mulut kalau minum. Kwang kwang kwang. Selamat mencuci mata dan selepas ini sebelum rakan rakan maya hendak membeli sebarang cawan tu, kenalah meneliti betul betul ye. Bye2.







Beli jangan tak beli. Rugi taww. Hi3.

Khamis, 21 Oktober 2010

Warna Warni Pelita



Hai semua, bertemu kembali di arena pelita. Di harapkan agar kawan kawan tak jemu tengok pelita ye. Minggu ni minggu peperiksaan bagi anak saya, sekolah pagi dan sekolah petang semuanya periksa, jadi tengok tengoklah pelita nii, umpama penyuluh kehidupan kita. Sekiranya terang maka bersinarlah kehidupan kita begitu juga sebaliknya. Sebenarnya hujung minggu lepas saya baru berkesempatan mengemaskan pelita pelita yang dah sekian lama tidur dalam almari tuu, bawak pelita berposing bergambar pulak. Jomla lihat yee. Pelita kristal kat atas tu, macam bentuk teko je bila sekali pandang.




Pelita crystal crown, yang ni beli dari Lia, Penang.





Pelita Porselin yang berkilat kilat hingga silau mata saya memandangnya.




Pelita ini semua otai otai antik ada kan, rumah merah, kasut dan talipon zaman dulu semua kalerr merah macam mak ngah.




Pelita bentuk love tuu, plain jee dan takde tulisan cina. Yang sebelah tuu beli ngan kak gee n abg din kat Maha. Bye bye. Semoga tercuci mata dan dapat release tension kepada kawan kawan yang penat bekerja tuu. Bye bye.

Rabu, 20 Oktober 2010

Pelita Bunga Berlampu Merah

Hai semua sahabat maya, pada hari ni jom kita tengok pelita bunga bercimney merah pulak. Yang di atas tu bentuk aladin. Cantik tak? Beli dari Eija, JB.






Dua pelita yang berbeza dari segi bentuknya tetapi mempunyai bunga yang sama.




Pelita yang kembar seiras tuu beli ngan abg. Din di stadium Shah Alam. Nampak lagi antik kan berserta dengan tekonya sekali, rare item taww, nanti kalau free2 saya n3 gambar teko tu.





Pelita cun cuun ni beli gan Idamin, memang cantik dan berkilat habis cimneynya yang merah itu, nampak freshh je. Tq Idamin.







Taraa, pelita swan 2 ekor yang sedang bercinta ini saya beli dari kak Norbie. Memang cute sesangat. Ok jumpa lagi. Bye bye.

Selasa, 19 Oktober 2010

Pelita Berbunga Berlampu Putih




Hai semua rakan maya. Harini nak tunjuk gambar pelita porcelaine bercimney putih pulak. Yang cimney putih nii sekarang susah nak dapat jika dibandingkan dengan pelita yang bercimney merah. Jomla lihat ada beberapa ketul je, jadilah daripada takde langsung. Kalau ada dikalangan rakan semua yang mempunyai design lain yang terextra tuu, bagitau la ye. Jom lihat.



Pelita kura kura dan gajah, dapat dari Eija.





Pelita nii dapat kat kedai antik.





Aala, sesat pulak, sorry yang ni tak berbunga.


Bye bye. Jumpa di lain catatan.

Ahad, 17 Oktober 2010

Mahalnya Si Cawan Kangkung Sekarang




Salam 1 Malaysia. Harini jom cuci mata tengok cawan kangkung. Sekarang nii memang cawan kangkung dah mahal, payah nak dapat sebiji 10RM kalau ada pun mungkin bagi mereka yang beli sendiri dengan apexx dan nyonya. Yang beli di flea market tuu, usah bermimpi di siang hari, apapun kalau minat mengatasi segalanya, terbeli jugak n kalau nak murah kena cari dan gali sendiri. Hi hi hi. Cawan kat atas tuu memang unik, tak sangka pula dapat jenis nii.






Yang bentuk begini pun jarang dijumpai, makanya saya pun membeli dengan pejam sebelah mata. Katanya cawan jenis kopitiam, tengok tuu design pun antik.








Cawan yang begini, bentuk A shape nii semua geng antik ada, saya je ketinggalan zaman baru mendapat. Wah diam tak diam, dah ada pelbagai jenis design cawan kangkung di teratak Warisan Nenak. Kalau kengkawan di luar sana ada yang mempunyai design yang lain, jomla kita share yee kat blog antik nii, Bye bye. Jumpa di lain n3.

Jumaat, 15 Oktober 2010

Lenggang, Lenggang, Kangkung




Salam 1 Malaysia. Dua tiga hari ini, mood saya boring jee, laptop buat hal la. Face book pulak tak boleh baca, ada cookies lah entah apa apa je, jadi tugas saya masukkan jelah anti virus yang paling kuat mengikut arahan yang diberikan dalam "help" tu. Boringla walaupun bidang IT nii bukan bidang kepakaran saya tapi dah jadi blogger ni, semua kena ambik tau kan, kawan kawan.



Jomla tengok tengok senduk senduk kangkung nii untuk hiburkan hati. Oval plate yang kat atas tuu rasanya susah nak jumpa sekarang. Dulu saya rembat je dua ketul dengan harga yang berpatutan. Selamat mencuci mata dengan gambar gambar nii, ya.
.









Senduk yang berbunga 4 kuntum nii, design sama dengan oval plate yang si atas tuu, cantik kan. Selamat berhujung minggu.

Selasa, 12 Oktober 2010

Sesegar Rose Hijau

Hai semua sahabat maya, hari ini nak share gambar rose hijau pulak. Lepas raya ni saya pun tak nak ketinggalan sama macam kak Chah Terengganu dan kak Aida alkesah untuk mempaparkan koleksi rose hijau yang segar bugar ni. Set teko bulat dan cawan lengkap 6 set dapat dari MIL. Teko aladin dan 6 piring kuih je yang saya beli untuk melengkapkan koleksi ini. Nampak gayanya sugar bowl n creamer tak tau bila nak muncul muncul. Kalau ada sahabat maya yang nak menjual kat sana tuu dua benda nii, jangan lupakan saya ye. Jom lihat.











Memang cantik rose hijau ni dengan beberapa kuntum rose kecil yang berwarna merah menambahkan lagi keserian set ini. Jumpa di lain n3. Bye bye.




Isnin, 11 Oktober 2010

Pink Pink Twin Rose

Hai semua sahabat maya, hari ni jom kita tengok gambar oval plate yang besar gedabak ni, tak sangka saya memang berat dan besar. Dapat dari Tauke Aj di utara. Alhamdullillah oval plate ni selamat sampai ke rumah saya dalam keadaan yang elok. Jadi bertambahlah koleksi Twin Rose di rumah saya.
Ok gambar yang di bawah saya gandingkan dengan teko teko Twin Rose yang pelbagai saiz. Memang gandingan yang sesuai tersangat sangat.Selamat mencuci mata ya.Bye bye.




Sabtu, 9 Oktober 2010

Ke Kedai Buku

Hai sahabat maya semua, sibuk ke tu? Selamat berhujung minggu, ye. Tadi saya sempat bawa anak anak jalan jalan ke Jusco untuk cuci mata diaorang lepas penat seharian tuition dari pagi sampai petang. Singgah la kat MPH kedai buku tu, nak cari soalan soalan peperiksaan akhir tahun anak anak untuk persediaan mereka periksa pada hujung bulan oktober ni. Dah dapat apa yang dikehendaki saya pun terus pergi ke ruangan buku masakan yang memang saya suka nak mencuci mata.



Wah tanpa disangka sangka saya terpandang sebuah buku masakan dari chef tersohor di kalangan artis Malaysia dan orang kenamaan, siapalah lagi kalau bukan Pak Engku. Belek punya belek hati terus tertarik melihat resepi yang agak senang untuk orang yang kurang pakar macam saya belajar memasak. Tapi apa yang bestnya gambar gambar pinggan lama u, nampak cantik jee bila dihidang dengan makanan yang sedap sedap tu.




Terus beli 2 edisi lagi


Cantikkan gambarnya







Terserlah keanggunan si bunga padi







Jomla beli ye kawan kawan. Bye bye.




Jumaat, 8 Oktober 2010

Azatie GA

Hai kawan kawan, buzzy ke? Marilah kita join GA Azatie sayang blogspot nii sempena ulangtahun pertama blog beliau dan juga berkongsi tarikh yang sama ngan hari jadi anak si Atie nii pada 15 oktober nanti.


Antara syarat syarat penyertaan, senangnya tuu


1) Mestilah follower n from Malaysia laa
2) Tiada paksaan untuk n3 tapi Atie punya pasal saya wat n3 gak sebab blog Atie nii memang meriah selalu.
3)Tarikh tutup pada 18 Oktober hingga jam 12 malam. Kepada sesiapa yang belum join tuu, marilah kita bersama sama memeriahkan GA Atie nii.

Tempat Pertama, cuunn nye piring kuih 3 tingkat lagi.



Tempat Kedua, piring kuih 3 tingkat juga





Tempat Ketiga piring kuih 2 tingkat
Selamat Mencuba nasib ye kawan kawan, kot kot menang. Bye bye.



Khamis, 7 Oktober 2010

Kad Raya 2010


Saiz fon


SELAMAT HARI RAYA, HARI UNTUK KITA BERSUKARIA, SELAMAT KAMI UCAPKAN , UNTUK KITA MOGA SAMPAI TAHUN DEPAN.








Hai bertemu kembali, semoga anda semua sihat hendaknya. Hari nii baru ada masa free sikit nak mengutip kad raya, kui kui yelah bulan shawal pun lagi 2 hari akan melabuhkan tirainya jadi kesempatan yang ada nii baik kalau saya akhiri dengan kad kad raya yang cantik menawan dari sahabat semua. Terima kasih banyak banyak kepada kawan kawan yang sudi mengucapkan selamat hari raya untuk saya dan keluarga samada di ruangan sembang, message di phone dan face book dan juga di amcorp mall semasa urusniaga membeli dan mencuci mata di pasar ahad. Kad yang di atas tuu memang saya letakkan di blog saya di sepanjang bulan ramadan hingga pertengahan bulan syawal. Jom lihatlaa kad kad yang cantik ini.







Dari kak Chah sekeluarga, Terengganu







Dari Kelly






Dari adik Ezany sekeluarga , Gopeng



Dari bro Shariffudin dan keluarga, Batu Pahat






Dari Nita, Melaka





Dari Mass, JB







Dari Blues Riders



Dari Ryana, Sabah







Dari Yatt sekeluarga, PJ




Dari adik Sha, Langkawi





Dari Nannie, Pucong








Dari Azatie, Perak




Dari kak Shas, Tapah







Dari Cempaka



Dari kak Rohas








Dari kak Aton








Dari kak Aida MN



Jajarkan ke Tengah

Dari kak Gee






Dari MrsNor, Kelantan







Dari tauke Eisantique