Ahad, 30 Jun 2013

Koleksi Batik Biru Japan

Salam pagi ahad untuk semua. Harini ada mood nak n3 blog n banyak masa lapang. Malas nak jalan ke mana mana. Jom kita lihat set kopitiam cawan biru pelbagai bunga dan bentuk ye. Saksikan,,,,




Lihat di tangkainya,,, bentuk bibirnya pun berbiku biku,,, bunga raya memang menawan kalbu




Gambar di belakang cawan,,





Lihat bunganya, bercorak paku pakis dan lihat di tangkai dan bibirnya juga nampak berliku








Corak belakang cawan, unik sekali






Bila digandingkan bersama, nampak serasi sejiwa kan,,,





Cawan dari corak bunga yang sama tetapi berbeza dari segi pemegangnya,,









 Cawan ni mulutnya tidak begitu lebar seperti cawan di atas, tangkainya juga berbentuk  bulat dan ada lukisan corak di tangkai cawan







Digandingkan bersama dengan piring kuih dengan corak bunga raya yang sama,,,,




Dan hasilnya trio kopitiam biru made in japan yang sungguh menawan kalbu.

Bye.



Seindah Bunga

Salam 1 Malaysia kepada semua pembaca WN. Harini mesti ramai kawan kawan yang nak pergi berjalan jalan bersama keluarga kan,, nak soping soping untuk persiapan hari raya yang bakal menjelang tiba tak lama lagi. Pada saya pula,, buat sementara ni tak nak soping beli teko,cawan, pinggan atau seangkatannya dengannya,, hahahaha nak fokus untuk budget raya aje. Hobi tolak tepi dulu. Setuju tak rakan rakan maya semua,,,,



Jom layan gambar teko kotak yang cantik nii,,,,tengok bunga kat teko kotak nii sungguh mendamaikan jiwa dan raga kan,, layann gambar ye,,,







Walaupun ada bunga bunga yang terhakis dek ketuaan" teko ini, saya tetap menghargainya dan bersyukur kerana dapat memiliki teko yang anggun ini. 




Ulang tayang teko,, jangan marah, jumpa lagi ya, bye.

Sabtu, 29 Jun 2013

Selamat Hari Jadi Arissa


Hai semua sahabat, bertemu kembali ya. Semalam 28 jun ialah hari jadi Arissa. Memang takde plan nak buat masak masak atau celebrate dengan sanak saudara atau jiran tetangga. Biasalah busy memanjang, so macam biasa beli kek dan potong kek kat rumah saja. Kesian pulak kat Arissa emak dia sibuk tak leh nak buat jamuan bersama kawan kawan sekolah dia. Takpelah sayang,, lain kali ya kita ajak kawan kawan bersama.

Tak tau pulak kek apa nak pilih kat secret recipe ni,, kalau tersalah beli kek anak anak taknak makan pula,, jadi saya beli yang budak budak makan,, indulge chocolate kek. Sementara nak tunggu kek dihias jadi kami pun makan kat situ.Hihi,,,








Aksi si kecik Syahirah tertunggu tunggu bila mama nak suap spagetti la tuu,,,





Wah dah 9 tahun Arissa, dah besarlah,, ingatkan masih kecik lagi ,,,hihi





Terkejut lak si Amir n Danish,,, tiba tiba nampak kek hari jadi kat atas meja,, haa apa lagi nyanyiii laa,,





Tengok tu aksi aksi abang Arissa,, haha penat laa tu balik tuition",,






Selamat hari jadi Arissa, semoga menjadi anak yang solehah dan berjaya di dunia dan di akhirat. Mama dan papa sentiasa berdoa yang terbaik untuk Arissa.







Sama tak muka masa kecik ngan besar,, masa ni Arissa berumur 5 tahun. Hihihi.




 



Macam biasa, saya dah sediakan hadiah set trio royal albert,, flower of the month" bulan jun untuk  Arissa,, ni dia,, cun tak kawan kawan,,







Cantikkan trio june ros ni,,, Arissa kata memang mama takde kerja lain, hadiah pun nak bagi cawan n pinggan,,hahahaa,,,bukan apa tiap tiap tahun asyik beli buku cerita aje, jadi tahun ni tukar lain lak. Ok kan,,,


Saja je saya nak bergurau dengan Arissa, haha,, ni dia buku cerita yang mama beli dan juga tikar boboiboy hadiah dari papa dan mama untuk Arissa ye,



Ok sahabat semua,bye, kita jumpa di lain n3 ye.

Jumaat, 28 Jun 2013

Nostalgia Pinggan Mangkuk Semasa Bercinta

Salam kepada semua sahabat, semoga sihat sihat ya di luar sana. Dah rasa lama tak update blog ni, walaupun beberapa hari ku tinggalkan. Bila tengok banyak pengunjung bertandang kat WN ni, saya rasa bersemangat pulak nak menulis. Hihihi, apapun kita kongsi n layan gambar ye,,, sebenarnya saya ni tak berapa pandai nak menyusun pinggan mangkuk nii, kira hentam ajelah. Rasa sayang pulak bila pinggan pinggan ni terperap dalam kotak. Layannn,,,,










Dulu sentiasa berangan ,, hati selalu berkata bilalah saya nak dapat set OCR nii,, selalu bila jalan jalan kat tempat pinggan mangkuk kat Sogo tu,, selalu saya tak melepaskan peluang mencuri pandang set ni. Time dating pun ajak pakwe, sekarang ni husband ekk,,, pergi tengok pinggan mangkuk. Hahaha itulah hobi saya, jangan tak tau ye. Alhamdulillah berjaya juga saya dapat mengumpulkan set yang cantik ni,, memang nostalgia pada saya ketika zaman zaman belajar dan bercinta dulu.


Tq to kak Mona Amrey dan Onie English Tea Set kerana melengkapkan impian saya ni. Ok kita zoom kat 
tureen  n gravy boat sat,,,,





Lawaaa tak,,,, memang cantiklaa n macam NOS aje kan kak Mona,,,,






Emmm gravy boat,,, melentik gak,, letak kuah kacang kat sini tentu sesuaikan kawan kawan,,,,bye

Tata titi tutu,,,jumpa lagi,,


Rabu, 26 Jun 2013

Breakfast di Bangi Kopitiam, Bandar Baru Bangi

Salam 1 Malaysia kepada semua pembaca setia WN. Diharap agar anda semua sihat ya. Sekarang wabak jerebu tengah melanda negara kita, di harap agar anda semua sentiasa mengikut nasihat mereka yang pakar dari segi kesihatan untuk memastikan kita dan keluarga kita kekal sihat. Saya pun lebih banyak masa duduk kat rumah aje,,semua program nak tengok floria pesta bunga, nak jalan jalan pergi pasar karat, semuanya tak jadi. Takpelah lain kali kalau cuaca dah ok, takde jerebu baru boleh keluar jalan jalan kan.


Harini nak tunjuk gambar semasa saya singgah bersarapan  di Bangi Kopitiam di Bandar Baru Bangi minggu lepas sebelum jerebu tau. Tak taulah mood malas pula melanda sejak cuaca berjerebu nii. Hihihi. Dah seminggu saya tak update blog. Asyik mengadap TV tengok berita terkini tentang jerebu dan macam biasalah , kalau tak buat makanan kat rumah,, anak anak yang kena cuti sekolah sebab cuaca jerebu sentiasa kelaparan. Kikiki. Ok lah ,tengok gambar,,,,



Macam biasa ,, saya tak lepaskan peluang untuk tengok2 harta karun dalam lemari besar ni. Mantap betul koleksi pemilik kopitiam ni kan.






Cawan cawan kopitiam dan tin lama turut dipamerkan juga di sini.





Tengok tu mesin ABC lama kan,, radio kat sebelah tu memang nostalgia betul. Teringat zaman kanak kanak dulu, habis radio dan kaset saya kerjakan, tiap tiap hari dengar lagu dari kaset sambil belajar. Tak taulak masuk ke tak apa yang di baca tu dalam kepala sambil menghafal lirik lagu.






Tin susu lama, acuan kuih putu, cawan nescafe lama dan lain lain, so siapa yang dah mula berminat nak kumpul barang barang karat ni cuba cek kat belakang dapur rumah mak bapak you all di kampung,,,kot kot ada jumpa tin buruk, acuan buruk,, hihihi dan pamerkan di sudut ruang tamu rumah anda nak raya nanti,,, mesti ramai yang tercengang tuu. Bagus tak idea nii?,,,,




Kipas lama,,emm saya pun takde seketul pun kipas lama,,, mana nak cari nii,, mahal tak,,




Rasa saya jenis talipon macam ni ada kat kedai kedai runcit atau restoran besar kan,,kena masukkan duit dulu kalau nak tepon makwe or pakwe cinta monyet zaman remaja dulu,,,  bukan saya yeww,,, saya dulu kaki study aje,, hahaha




Ni almari dapur,,, telah diletakkan di ruang tengah Bangi Kopitiam ni,, senang depa nak "key in" makanan apa yang kita order',,, lawakan cat nya tu,,, saya suka, tombol pintu pun antik.





Gambar lama yang sungguh unik di paparkan di ruangan bersebelahan sinki mencuci tangan. Semua kaum ada kan,, tengok tu kebaya pendek dan kain sarung batik lepas lama,,, adoiii tak kanlah saya nak mengumpul baju kebaya lama pulak,,,,, kikiki tapi rasa bagus juga kalau kita kumpul baju baju emak kita kan,,,,




Selalu kita nampak kaki mesin jahit singer kan,, kali ni jenama Raleigh,, telah di cat warna keemasan dan di atasnya diletakkan permukaan marble berserta sinki mencuci tangan.





Sangat suka dengan pintu antik kayu ni dan kacanya yang hijau tuu,,, mana mau cari nii,,,,yang ini laluan ke tandas ye,,,,Bersebelahan pintu ni terdapat juga koleksi yang memang malatoppsss,,, ini dia







Radio lama ni pun dalam wish list " saya juga. Alahai banyaknya nak beli dan kumpul,,saya ni kolektorr budget aje, kalau mahal mahal tak mampu. Dulu masa kanak kanak,, selalu nampak rak tv kayu yang pintunya boleh tarik tolak tuu,, sekarang ni mana nak dapat cik kak,, kalau terjumpa kat kampung kampung pun, dia orang tak nak bagi punya. Sekarang orang kampung pun dah pandai menghargai barang buruk ni kan,, yang mesin sebelah radio tu, tak tau pula saya kegunaannya untuk apa.




Simple nasi lemak, ok juga rasanya.





Roti bakar ngan kaya untuk mama,, pelbagai pilihan untuk roti ni tak tauu mana nak pilih.




Syahirah pepagi lagi dah makan nasi lemak dengan papa,,,jemput makan.Sedapnya,,,


Perut pun dah kenyang, mata pun dah tercuci dengan melihat barang barang antik kat sini,, so kita jumpa di lain n3 ya,,bye,, oppsss ada gambar lagi ni,,,


Keseluruhan ruang dalaman Bangi Kopitiam,,tengok tu penuh meja kopitiam kan,,,





Basikal tua pun ada.

  Tata titi tutu.