Salam ceria semua.Hari ini mood terlebih rajin saja saya nak "share"kan koleksi dulu dulu ni.Teringat dulu bila tiba hari raya sudu sudu yang pelbagai warna seperti diatas lah yang digunakan kalau nak makan tapai pulut khasnya orang orang Banjar sebelah Johor tu.Kalau bukan jenis sudu seperti di atas biasanya orang kampung juga akan gunakan sudu kecil yang diperbuat daripada tembaga. Nanti saya tunjuk lain n3 ya.
Ok yang ini pula si comel garpu dan ia digunakan kalau nak rasa makan kuih halwa halwa yang manis dan sedikit keras tu.Masih ingat tak lagi kawan kawanku sekelian semasa kita di zaman kanak kanak riang dahulu?
Ini pemandangan dari depan kotak tak silap saya dalam penghujung tahun 1970 atau permulaan tahun 1980 an" kot sudu dan garpu ni famous digunakan.
Salam aina
BalasPadamkak N tgok set ni..aduhhh terkenang zaman kecik2 dulu...org kedah makan ketupat pulut mmg guna garfu ni..sbb melekit kan..rindu kenangan dulu...sebak dada akak dah ni.. huwaaa..aina dapat kat mane ni ek?...ada lg lebih ker...pass la kat akak 1 set ker..hehe