Sabtu, 5 Jun 2010

Dumex Lagi

Bertemu kembali kawan kawan semua.Diharapkan semuanya sihat. Cerita kali ini berkenaan ngan dumex babyfood pulak.Jomlah lihat gambar gambar ni.Pinggan kuih jenis yang macam di bawah ni aku ada cukup 6 biji semua aku angkut naik kereta bawak balik KL dari rumah emak mertua.Yang kelakarnye dekat kampung rumah mak mertua aku semua yang jenis "babyfood" ni kalau kat rumah mak aku pula semua tombol merah.Tak taulah tapi dalam daerah yang sama.Agaknya kedai penebusan kupon tu pun ade pengagihan barangan kot mengikut mukim yang telah ditetapkan oleh kilang dumex.Kui kui kui.
Emak kata koleksi dumex ni dikumpulkan masa "hubby" kecik lai so aku lagilah suka tak terkata boleh ambik semua kalau adik adik suami minum gak susu dumex aku kena mintak seketoi atau dua ketoi je lah.Hi hi hi. Tapi gambar yang di bawah ni bukan piring kuih ye bentuknya memang sama cuma lebar je tak sama.Tapi yang ni pinggan makan saiz dalam 30 cm.Aku ade 2 ketoi je itupun nak lengkapkan koleksi beli dengan Eisantique.Yang menarik tepi pinggan berombak ombak tu yang mahal tu.






Yang ini pula memang tureen kesayangan aku .Memang cantik kalau direnung lama lama dan memang pun susah nak jumpa.Ramai juga nak mengecek tapi aku nak simpan jadikan koleksi peribadi.










Alamak kesiankan cawan ada 2 ketoi je dan piring tinggal seketoi. Kena cari dan masuk dalam program jejak kasihla. Jom kawan kawan tolonglah aku carikan cawan pesen ni .Emak mertua aku kata dulu cawan memang banyak tapi tak tau berhijrah ke mana selalu "time" kenduri lesap dengan alas piringnye sekali.Ape nak buat aku ambik jelah apa yang ada daripada takde lagi kelabu asaplah jawabnye.









Inilah dia teko teko dumex yang sentiasa menjadi buruan penggemar barangan dumex. Lawa ke tak pada aku asal nampak teko free memanglah lawa hi hi hi.Selamat menjamu mata. Cuba tengok tu memang "cute" sangat creamer dumex babyfood ni.Melentik habiss. Kalau dapat sugarbowl nye lagilah hebat kan tapi tak taula bila nak dapat.Ok itu saje untuk paparan kali ini .Ta ta ti ti tu tuu.Daaa.



1 ulasan:

  1. kalau kedai penebusan kupon tu pun ade pengagihan barangan kot mengikut mukim yang telah ditetapkan oleh kilang dumex,maka pergilah ke semua mukim yang lain untuk tambah koleksi.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...