Khamis, 17 Jun 2010

Rose Oh Rose

Bertemu kembali.Jomlah tengok koleksi ros yang saya ada.Tak banyak tapi bolehlah untuk tatapan diri sendiri dan anak anak dekat rumah.



Teko yang ini bunga ros nya tak berapa terang lebih kepada warna pink pink.





Teko yang ini memang menggoda dan duit pun dah terbang melayang sebab tak insaf insaf nak membeli je pantang nampak bunga merah atau terang terus je daku beli. Rumah pun dah jadi macam muzium bak kata jiran saya tadi.Hi hi hi. Pandang kiri,kanan,depan, belakang semua nampak almari yang sarat dengan teko dan pinggan lama.








Yang ini gambar pinggan kuih memang comel betul fresh from apekk kira pertama kali saya beli dengan apek yang rugged ni kalau ada yang nak membeli saya rasa masih ada lagi dalam dua dozen.Hi hi hi. Jom la pi, cuti sekolah masih tinggal beberapa hari lagi ni bagus kalau buat pelaburan dimasa depan.








Pinggan makan ni nenek saya punya,minat punya pasal saya exchange dengan pinggan baru.Kenalah buat macam tu kalau tak nanti habis pinggan nenek nak buat kenduri pun takda pinggan dan makcik pakcik pun jealous, cucu nenek yang seorang nii sibuk merisik pinggan lama jee. Takan nak ambik percumakan kawan kawan. Kenalah bagi duit sikit , sekarang nii bukan zaman semua nak dapat free. Ha macam tulah caranya bila nak minta pinggan lama ni. Daa.


2 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Boleh kalahkan Muzium Negara kot kalau macam ni.
    Silap haribulan boleh letak signboard kat depat rumah tulis"MUZIUM PINGGAN,MANGKUK,TEKO AINA".
    Hohohohoho.....(ketawa Santa Claus)

    BalasPadam