Bertemu kembali rakan rakan sekelian.Semoga sihat hendaknya bersama keluarga di musim cuti sekolah ini.Jom mari kita lihat gambar barang barang zaman 1970an ni. Mengikut kata emak dulang yang jenis sederhana yang pelbagai warna ini digunakan sebagai alas untuk hantaran masa pertunangan atau perkahwinan sebelum wujudnya barangan "siam mali' atau lebih di kenali sebagai pasu pahar.
Yang ni warna putih bersih memang sesuailah nak letak kain baju untuk hantaran warna apa apapun tapi tak bolehlah nak di gubah besar besarkan,, kenalah comel comel, betul tak,,,. Nanti tak muat lak.
Yang ini pula memang cantik warnanya.Memang tergoda kalau kita letakkan dengan gubahan gubahan hantaran seperti zaman sekarang contohnya sangkar burung versi kecil jee.Hi hi hi atau sepuluh tahun akan datang.Sesuai ke ekk?
Ok yang ini pula bekas kuih yang memang cun habiss yang dibuat daripada bahan kaca dan plastik tetapi ianya kuat dan tak nampak macam plastik dari kedai dua ringgit pun.Teringat masa aku kecik kecik dulu dalam darjah satu dan dua memang kat kampung aku ramai saudara mara atau jiran tetangga yang guna bekas nii.Cuba bayangkan betapa meriahnya bila ianya diisi dengan kuih siput, kuih bangkit,semperit dan yang aku ingat masa ni aku memang suka makan biskut yang atasnya ada manik bulat warna warni tuu.Duduk beralaskan tikar di atas lantai dan diiringi dengan minuman air sirap pandan yang dituangkan dalam gelas gelas lama yang pelbagai warna warni memang nostalgia betul kan.Bestnya zaman kanak kanak dulu kan.
Waahh,,, yang ini memang aku akan kecek kat emak sebab warna pink memang aku suka.Cantik betoii.Kalau aku letakkan biskut almond london atau tart nenas ke mesti habis tetamu makan dengan bekas kuih sekali yang tak jemu mata memandang. Ok lah sahabat semua jumpa di lain n3 yee.Selamat bercuti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan