Khamis, 24 Jun 2010

Kekwa Nan Biru

Hai kawan kawan semua, sibuk ke dengan tugas masing masing.Jom cuci mata dengan warna yang membiru ni.Gambar di atas ini diambil semasa cuti sekolah yang lepas. Ha inilah dia tempat berehat kami sekeluarga kalau nak ambik angin"fresh" kat kampung.Tengok tu betapa telitinya bapak aku mengecat mengikut tema warna lagi ,kalau aku yang mengecat tak taulah bila nak siap entah entah comot lai.Tabik hormat dan salam rindu kat bapak dan emak kat kampung kalau terbaca n3 ini.

Lihatlah teko yang gebu ni.Biru mata hitamku nak cari kaum kerabat dia.


Inipun dia kaum kerabatnya cukup enam cawan dan enam piringnya hasil barter dengan si Eija JB tuu. Cun ke atau saja suka suka nak lengkapkan koleksi kekwa biru ni? Tepuk dada tanya selera,alaa biasalahkan kawan kawan blogger lebih arif kalau dah mengumpul barang antik macam ni kan.Hi hi hi.




Si mangkuk gula yang bertelinga besar cukup untuk memenuhi syarat wajib "collector" juga ada tidur di lemari jati ku.





Pengakhirnya bekas susu yang memang melentik hatiku untuk membelinya tapi sayang daaa, takde langsung hatta seketul pinggan yang biru ni untuk melengkapkan koleksi kekwa ini.Apa lagi kawan kawan yang ada extra pinggan tu jangan lupa tepon atau message daku ekk. TQ.


1 ulasan: