Selasa, 22 Jun 2010

Award dari Kak Shima dan Lia Cantiq

Bertemu kembali , apa khabar semua diharapkan agar rakan rakan sekelian sihat sejahtera. Lama juga saya rasa tak update blog saya yang mula bersawang ni. Ye lah bila sekolah dah nak dibuka ni memanglah saya sibuk mengemas buku anak-anak, mengorek pensil dan colour,menyusun buku ikut jadual,menjahit uniform yang dah koyak dan lain lain lagilah.
Anyway terima kasih tak terhingga dekat kak Shima kerana sudi bagi saya award yang menyengih ni walaupun letih ke, penat ke kita semua kenalah senyum ataupun smile kata orang putih sampai nampak gigi palsu yee.Hi hi hi.Sebenarnya saya baru perasan award dari kak Shima ni itupun sebab saya belek belek gambar crossstitch yang kak shima dah buat tu.Hajat di hati memang nak sambung balik hobi saya yang dah lama tertido dekat enam tahun tuu.Bila ada kelapangan masa nanti saya entrykan gambarnya ye.Tunggu. Juga terima kasih banyak banyak kepada Lia kerana sudi bagi saya award ni juga.
1)Yang bermain kat fikiran saya sekarang ialah nak membeli almari antik lee apalagi , ni dok tunggu dari si Zulkis Teratak Rimbun tu masih dalam senarai menunggu.Penantian satu penyeksaan tau. Risau barang dah berkotak kotak takde tempat parking kat store.Dah jadi macam reban ayam lak saya rasa.
2)Nama samaran takde nama original je.
3)Pertama sekali mestilah suami dan anak anak.
Yang kedua ibubapa saya yang tersayang termasuklah bapa dan emak mertua.
Yang ketiga mestilah adik beradik saya, anak buah,teman teman baikku,adik ipar dan tak ketinggalan rakan rakan blogger yang sama minat gan saya.
4)Sayang laa
5)Rumah banglo laa hi hi hi biarlah rahsia ye tak boleh bagitau kat orang.
6)Saya memang paling suka baca blog dari rakan rakan antik dan juga blog masakan terutamanya yang mempamerkan gambar makanan yang terang,cantik penuh warna warni dan terus kenyang walaupun tak dapat makan secara online.Kih kih kih.
7)Yang nak di tag award pun dah kena tag oleh orang lain jadi saya nak tag kat dua orang jee,
1)Kak Sofie dari Love From Sofie
2)Hidawati dari Chenta antique
Jangan maree yaa Kak Sofie dan Idamin.Daa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan