Isnin, 7 Jun 2010

Almari Oh Almari

Bertemu kembali kawan kawan ku semua.Di harapkan agar anda semua sentiasa sihat sejahtera.Pada kali ini aku nak bercerita pulak tentang almari yang aku baru beli ni.Yelah sampai dah boring tunggu giliran almari antik tapi tak tau bila nak muncul muncul lai dari si Zulkis dan terlalu banyak sangat kotak kotak dekat store jadi aku pun buat keputusan untuk membeli si almari sudut jati ni, cantik tak?? Hi hi hi. Sebenarnya aku main hentam saja menyusun si kangkung yang berlambak dekat rumah aku tu ingatkan nak masukkan semua cawan bunga kangkung di rak atas tapi takut pulak kalau pecah bila dah susun bertingkat tingkat nanti. Jadi bercampurlah si pelita dan keluarga si kangkung ni.

Ok gambar ni di ambil setelah siap semua kerja penyusunan khazanah lama si bunga kangkung dan juga pelbagai pelita sampai ade sebahagian lagi pelita yang tak boleh di muatkan sebab dah terlalu sendat gare gare si Eija tokey pelita tu aku pun terjebak sama. Hi hi hi.


Tu diaa pelita pelita yang berwarna warni lagi memeriahkan alam maya dunia antik dan pelita.Takdelah banyak adalah ciput aje jadilah daripada takde. Mula mula dulu senang nak dihitung dengan congak je tapi sekarang kena berbaris pulak ikut kategori samada si jernih,crown,porselin,yang tinggi,gemuk dan sebagainya.Kawan kawan lihatlah sendiri yee lepastu tinggalkan komen tau.








Yang ini pula gambar di rak ketiga dan kedua. Macam biasalah teko teko kangkung yang pelbagai jenis aku satukan di almari jati antik ni (perasanla tuu). Nampak gayanye kalau ada rezeki lagi bolehla aku beli satu lagi almari sudut ni sebab ada lagi sebahagian teko kangkung yang tak boleh dimasukkan lagi sedang menunggu gilirannya. Baru aku terperasan "terlebih sudah" rupanya aku dan si bunga kangkung ni.












Yang ini pula gambar di rak paling bawah.Macam biasalah kena letak dengan teko yang berat dan gemuk. Begitu jugak dengan tureen besar dan kecil tu.Pada mulanya aku nak letakkan platter bunga kangkung besar tapi tak muat pulak kalau tak memang mengancam habiss almari jati aku ni .Jealous jiran sebelah rumah. Hi hi hi. Ok jumpa di lain kali ye. Semoga kalian semua happy dapat mencuci mata dengan paparan kali ini.











2 ulasan:

  1. Salam kenal kak..
    Pergh..menjadi betul set-set kangkung akak ni.. jeles Rina tgk esp ashtray tu..

    BalasPadam
  2. mantap surantaff koleksinya bozz......siiiiiip.

    BalasPadam