Rabu, 16 Jun 2010

Balik kampung




Salam semua kawan kawan. Hari ni mood aku rajin sikit jadi aku nak tunjuk laa beberapa barang yang aku dapat masa cuti di kampung dari minggu lepas sehinggalah semalam baru balik ke KL. Anak anak aku memang paling suka sekali kat kampung ni naik basikal beramai ramai ,memancing ikan,memetik koko dan lain lain aktiviti selain makan dan tidoo.Buku yang diaorang bawa pun tido sekali dalam beg cantik susunannya tak tersentuh langsung oleh mereka. Paling sibuk bila dah balik kampung ni memanglah emak dan bapak aku,termasuk juga kakak,abang dan anak buah aku. Yelah dah lama tak jumpa bila cuti sekolah ni bolehla lepak lama kat kampung. Bestnye.



Tengok tu arissa memang manja gan nenek dia. Semalam bila aku timbang berat badan dah naiklak dua kilo apetaknya tiap tiap hari emak aku masak sedap sedap terutamanya lauk kegemaran aku dan hubby.Terima kasih emak. Cuba kawan kawan tengok "background" kat belakang tu. Itulah hasil kerja seni dari bapak aku yang memang cukup teliti dalam bab cat mengecat ni, walaupun dalam usia 75 tahun bapak aku tetap berkebun,membersihkan kawasan rumah,meracun dan sebagainya. Memang aku tabik hormat kat bapak.
Anyway pak selamat menyambut hari bapa ye.






Ok teko yang ni aku dapat dari jiran nenek. Aku tak tau ape namanye corak geomatri kot. Aku belilah dengan harga yang mereka tawarkan yelaa bukan senang nak dapat teko ni ,bentuk aladin lai. Jangan mara ye. Hi hi hi.








Teko yang ini memang mengancam habis "made in Japan". Aku tak taulah bunga apa mungkin kawan kawan tau kot tapi sayangnya semua cawannya dah tiada. Memandangkan rare item aku pun melaburlah dalam skim pembelian jutawan teko antik. Anda bersetuju?Ha ha ha.











Yang pinggan ni memang nenek aku punya. Dulu aku tak nampak tapi sekarang ada nampak.Tak sangka juga makcik makcik aku yang selalu dok tanya aku dulu dulu nak buat ape gan pinggan pinggan buruk ni pun dah terjebak sama dengan koleksi pinggan batu ni. Diaorang panggil pinggan batu yang bunga bunga. Senang cerita aku suruh emak aku yang mintakkan yelah nenek aku ada anak ramai nanti takut diaorang jealous lak. Hih hih hih.








Yang ini pun "made in Japan". Emak aku suruh simpan kata mak pinggan ni tahun 50 an punya.Jadi aku mintaklah 2 ketul kat nenek walaupun warnanya dah nampak macam pudar di tengah tengah tapi bunga disekeliling masih memancar sinar keemasannya. Ok semoga kawan kawan semua dapat mencuci mata dengan n3 kali ini ye. Daa.


3 ulasan:

  1. salam aina,wah,berbaloi-baloi dapat harta karun di kg tu.macam ni kena baliik kg selalula...ada makna,hehehe

    BalasPadam
  2. Cik Na,ni Akmal.
    Gmbr gazebo tu kenape x masuk gmbr yg ade Cik Na?

    BalasPadam
  3. salam aina..nampak tak sia2 balik kampong..dpt hasil ditongkang yg pecah (sori gurau)..Anyway teko geometri yg aina dpt sama yg shariff ada bersama cawan2nya..-simpan tau memang cantik tu.
    Kalau balik batu pahat lagi rajin2 pergi pekan rengit tiap hari sabtu & ahad(kat kg bumiputra) @ pd.malam khamis(Kat pekan rengit).Insyallah ada rezeki aina kat situ..kalau nak hunting kat kedai apeks memanglah dah tak de melainkan kalau rajin pergi ke-pekan2 kecil diKota tinggi(Sedili @ pengerang). Ok...dah maklumat yg shariff bagi nie..

    BalasPadam