Ahad, 29 Disember 2013

Makan2 Di Restoren Salero Negori, Amcorp Mall

Salam mesra di petang ahad minggu terakhir 2013 nii,, nak cerita kepada rakan pembaca WN semua,,, macam biasa kalau hari ahad,, ada kelapangan masa memanglah bawa family berjalan jalan sambil makan dan cuci mata.Tempat kesukaan saya memanglah kat Amcorp Mall atau pasar karat. Hahaha,, tapi beza pasar karat dekat Amcorp Mall adalah ber"aircond".

Tengok jam dah dekat pukul 12 tengahari,,, dah penat melilau tengok barang barang lama di aras paling bawah so terus merayau rayau ke tingkat 1 dan 2. Macam biasa kalau bawa anak anak,, godaan untuk diaorang,,, adalah barang permainan, lego,, transformer, patung patung ,,, macam macamlah. Harga semua mainan boleh tahan,, kena pandai cari yang murah dan berkualiti. Adoiii,, sesak jugak poket nii,, hihihi

Setahu saya restoren ni kalau hari ahad memang dibuka jam 12.30 tengahari,,, hari lain saya tak tanya pulak,,, so kalau pergi ke amcorp mall dan teringin nak makan di sini memang kena pergi on time,, sebab biasanya memang ramai orang makan kat sini,,,,, jom tengok gambar di bawah,,,,







Aneka lauk pauk,,, rambang mata tak tau nak pilih mana,, cakap saja kat pelayan tu nak lauk apa,,,,



Ayam goreng berempah, sembilang goreng,,,,




Anika sayur sayuran




Puding karamel sebagai pencuci mulut 




Daging salai masak lemak, pucuk paku masak lemak cili padi, ayam berempah,,,, perrhhh semuanya memang mengancam selera akak dan suami,,, anak anak suka ayam aja,,




Ni memang kesukaan anak anak,,,, ayam kampung goreng berempah





Daging salai masak lemak cili padi




Sayur pucuk paku lemak cili padi




Tu diaaa,, tak sabar sabar nak makan,,, tunggu air belum sampai lagiii,,,





Licin semua lauk tuuu,,, lapar punya pasal,, kikiki




Kamera woman sedang sibuk tangkap gambar lemari,,,, semuanya kelas2 gituuu,,,,emmm nak kumpul gelas lama pulak kee,,, hahaha





Gempakkk set meakin rossa merah jambu tuu,,,,akak pun takde dik nuunn,,, kikiki




Radio lama rasanya macam lain sikit patennya dari yang biasa,, tak berani nak belek dari dekat,,, pengunjung kedai  tengah ramai,,,,




Hiasan pinggan pinggan di dinding,,,,




 Pemandangan keseluruhan ruang memilih makanan




Ramai juga tengok orang minum air kat botol ni lepas makan nasi,,, tak tau pulak rasa apa,,,,tertulis  teh botol jenama sosro,,,lain kali datang ke sini,,, macam nak cuba,,,hihi



Sungguh selesa walaupun ruangan terhad



Kalau nak rasa makanan kat sini,, datanglah ke tingkat 2 di Amcorp Mall, Petaling Jaya. Harga pun berpatutan dan makanan juga tidak mengecewakan.

Ok bye2, jumpa lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...