Isnin, 30 Disember 2013

Pink Berbunga Wild Rose

 Salam petang isnin kepada semua pembaca setia WN. Semoga anda semua sihat sejahtera. Harini nak kongsi teko kotak yang saya beli pada tahun 2013,, hanya 5 ketul saja penambahannya. Ikut mood semasa serta budget jugak. Kalau tahun 2012,, boleh dikatakan kebanyakan geng APC di facebook telah beralih arah ke negara indonesia untuk soping menyoping  teko, cawan dan kaum kerabatnya,, tidak ketinggalan juga akak. Kikiki. Tahun 2013 rasanya kurang sikit,,,seller dari seberang meletakkan gambar gambar teko pujaan semasa di APC,, kot2 agaknya semua dah terjual atau sudah tidak dijumpai. 

Apapun tepuk dada,, tanya selera,, tanya poket masing masing. Membeli dengan berhemah,, janji kualitinya original. Sekarang ni dah banyak produk tiruan yang seakan akan produk barangan lama dan bunga yang tiruan pun hampir sama saja jika dilihat sekali lalu. So berhati hati ya semasa membeli,,,, jom layan gambar,,,





Teko ni saya beli dengan maria antik house,,,, cantik tak,,,,




Bunga wild rose dari japan,,,, halus dan cantik bunganya





Di belakang teko,,, nampak penuh bunganya





Serasi bila digandingkan bersama set jepun wild rose ni walaupun akak ada seketul cawan saja dalam simpanan,,,, cantik bukan. Terima kasih pada maria dan mr. lee. Tersangat suka,,,,sesat juga teko wild rose japan ke rumah akak.




Teko ni dari negeri cina,,, beli dengan kak nur salam tahun 2010. Cantik jugak kan,,,,





Zoom kat bunganya,,,,,




Tureen wild rose japan digandingkan bersama teko kotak wild rose china,,,, serasi juga kan,,,ini saja koleksi wild rose yang saya ada. Rasanya kalau terjumpa teko aladin wild rose lagilah meriah kannn,,,,, angan angan dulu nii walaupun bayang tak kelihatan,, hahaha. 

Ok, bye jumpa lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan