Isnin, 23 Disember 2013

Makan di Wong Solo, Bangi

Salam mesra kepada semua sahabat pembaca WN. Harini nak tunjuk gambar masa makan makan bersama emak di restoren Wong Solo, seksyen 9 di bandar baru bangi. Biasanya kalau makan kat sini memang tak sah kalau tak makan nasi ayam penyet,,,, memang sedap dan pedas. Kalau nak rasa keenakan si nasi ayam penyet kena datang sendiri kat restoren ni. Jom tengok gambar,,,,




Pernah masuk JJCM tu,,, patutlah makanan pun sedap,,




Sementara tunggu hidangan sampai,,,, akak ambik gambar dulu,,,,biasalah belajar2 nak jadi camera woman"





Pemandangan di dalam restoren,,,




Sesiapa yang nak bersila, jelujur kaki pun boleh sambil makan nasi ayam penyet,,,




Tetap menjadi menu pilihan kami,,, nasi ayam penyet,,, tengok tu sambal kat ayam tuu,,, memang pedas,,, bersama diletakkan terung berlada, tempe dan tahu serta salad,,,,, boleh pilih set family atau set perseorangan,,,,




Tu diaaaa,, sambal kicap untuk dicecah dengan tempe dan tahu,,, memang best,,,,



Hidangan berkuah untuk anak anak yang tak tahan pedas,,, cumii atau sotong berkuah petai,,, sudah lupa apalak namanya,,,,hahaha





 Makan makan sekeluarga bersama emak, mak ucu, cik mat dan alif,,,,




 Gaya busu dan danish tengah makan nasi ayam penyet,,,,,hihihi,,,

Ok kalau kawan kawan nak makan kat sini,, ni alamatnya,,,

Restoran Wong Solo, Bandar Baru Bangi
No. 8-G-1 & 9-G-1, Seksyen 9
Jalan Medan Pusat Bandar 4A
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor
No. Telefon : [03] 89253414

Bye2 dan jumpa lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan