Ahad, 15 Ogos 2010

Bunga Idaman Wanita





Hai kawan kawan. Bertemu kembali kita di arena maya. Dah masuk hari ke lima harini kita berpuasa, amacam baju raya semua dah beli ke belum. Bagi sahabat yang menjual kuih atau lauk pauk di pasar ramadhan tu atau yang ambik upah baju raya ke, biskut raya ke tentu seronok kan bila mengenangkan duit banyak nak masuuk bila menjelang lebaran ni. Bagi yang takde kemahiran nak menjahit,membuat biskut raya atau masak lauk pauk untuk niaga macam saya ni kenalah harapkan duit suami je. Hi hi hi. Saja buat cerita selingan pagi pagi ni hilangkan mengantuk. Jom tengok koleksi two roses saya yang ciputt ni. Janji adakan.










Bermula dengan hanya membeli dari adik Ezany dari Gopeng tuu, tup tup beranak pinak pulak set ini tak sampai sebulan. Memang tak di sangka sangka dapat pulak cawan mini yang memang sesuai dengan teko mini ni. Beli dua je tupun mahal. Tawar menawar pun tak di bagi penjual tu kata harga patut. Kalau dah camtu saya ambik je lah bukannya apa kalau orang tak ikhlas nak bagi harga murah pun tak guna kan nanti tak berkat pulak apa juga barang yang kita nak beli dan bawa balik ke rumah.









Haa tuu dia, tengoklah cawan mini two roses ni. Memang cantik dan buatan Jepun lagi. Kalau kawan kawan nak tengok koleksi Ezany klik kat sini.









Yang ni pulak mangkuk mini kecil mungkin sesuai untuk makan bubur bagi orang yang diet dan boleh juga di gunakan sebagai acuan kuih lompang. Kalau kawan kawan nak tengok Yatt nye koleksi two roses ni boleh klik di sini.









Ending story harini seperti gambar di atas tiga ketul piring sambal atau sos. Nampak yang berlekuk tulah paling mahal. Piring ni saya dapat dengan harga RM sepuluh ringgit kalau dulu agaknya tak sampai dua ringgit kot. Ok lah jumpa lagi ya.Bye bye.



1 ulasan:

  1. salam kak aina....
    pagi ni baru berkesempatan melawat ke sini....hehe
    makin bertambah koleksi two roses akak...xpe, collect slow2, nti lama2 beranak pinaklah tu...insyaallah klu terjumpa two roses extra, sy roger akak nti ye....apepun syabas kak n thanks sbb sudi jemput sy melawat n3 baru akak ni...hehhee

    BalasPadam