Salam kepada semua sahabat maya. Semoga kalian semua sihat menjalani ibadah puasa. Semalam 11 ogos adalah hari jadi suami saya. Memandangkan hari jadi suami bersamaan dengan hari pertama kita berpuasa makanya tak adalah agenda memotong kek hanya makan makan lauk pauk untuk berbuka puasa sahaja dan sedikit kuih muih serta cup cake special yang disaluti ice cream perasa oreo yang dibelikan oleh suami khas untuk anak anak.
Bersempena dengan hari jadi papa ini , saya dan anak anak sentiasa berdoa semoga papa sentiasa sihat, dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki dan keluarga kita sentiasa bahagia dan dirahmati allah selalu. To my lovely husband Mr Razi , i always love you.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan