Selasa, 3 Ogos 2010

Kamera Lama Bapa

Salam kepada semua sahabat maya. Pada hari ini saya ingin menunjukkkan kamera lama bapa saya yang dibeli oleh beliau pada tahun 1958 iaitu semasa beliau masih bujang lagi. Tengok tu bapa saya dengan kamera lama beliau masih elok tersimpan. Ianya buatan German dan bernama Agfa. Bapa membelinya di Singapura dan sekarang kamera ini telahpun berusia 52 tahun.



Bahagian ini adalah tempat penyimpanan filem.







Memang segak betul kamera ini sesegak tuannya di masa muda. Kata bapa beliau selalu menggunakan kamera ini ketika menjadi ketua rombongan samada di kampung , di sekolah ataupun semasa aktiviti pementasan drama serta bersiar siar dengan rakan rakan. Bapa akan mengambil gambar mereka dan menghantarnya di kedai cina dimana tauke kedai itu adalah kawan bapa. Bapa juga tidak melepaskan peluang untuk belajar dari segi teknik mengambil gambar dan mewarna gambar. Apabila gambar itu telah siap dicuci bapa akan menjualnya kepada rakan rakan yang ingin membelinya sebagai tanda kenangan sewaktu gambar itu di rakamkan.







Gambar close up kamera di bahagian bawah di mana terdapatnya butang ke tempat penyimpanan filem.








Inilah kamera yang menjadi kebanggaan saya dan juga keluarga dan ianya pasti akan disimpan untuk dipertontonkan kepada generasi anak cucu yang akan datang. Sampai jumpa lagi dan kisah kamera ini akan disambungkan dengan koleksi gambar gambar lama bapa yang telah di ambil hasil daripada menggunakan kamera ini.




5 ulasan:

  1. salam aina,
    ingat lagi..masa kecik2 dulu.emak akak pangil apek kedai gambar dtg rmh sbb nak bergambar ramai2.Ingat lagi ada tulisan agfa kt kamera tu.

    BalasPadam
  2. Salam aina.

    antik nya camera tu. Agfa mmg jenama camera yg terkenal dulu-dulu. Skang ni ada lagi ke brand ni? Rasanya dah takde dah kan. Aina tak de ke simpanan gambar2 yg diambil dari camera ni?

    BalasPadam
  3. salam aina.. apa habaq lama x jumpa. aku dah lama x tgk camera2. seingat aku masa 2 zaman sklh rendah. Anyway camera 2 mmg ada sentimental value.

    BalasPadam
  4. salam Aina,

    Klasik sgt kamera abah Aina tu ,arwah abah nannie dulu ada kamera macam ni juga dan Nannie sempat la pegang n belek tapi bila abah dah meninggal pegi mana kamera-kamera lama ni pun tak tau la nanti la tanya abang Nannie mungkin dia simpan kot atau mmg dah hilang terus kamera ni huhuh

    BalasPadam
  5. To kak Rose, kak Fidah, Aidil n Nannie;

    Memang kamera tu klasik sekali dan mengamit nostalgia lama zaman kanak kanak kita dahulukan. Gambar gambar lama telah saya entrykan di blog.

    BalasPadam