Sabtu, 14 Ogos 2010

Pelita VCR

Bertemu kembali. Hari ini jom kita tengok pelita VCR yang baru tiba di teratak Warisan Nenek. Memang cantik dan mengancam. Lain dari yang lain siap ada dulang kecil lagi untuk alas pelita ni. Didatangkan dari negara matahari terbit. Untuk kak Rafidah sama samalah kita kumpul pelita VCR ni ye. Naib baik ada geng online macam akak. Barulah terasa meriah dunia pelita.





Memang tergoda dengan jelingan pandang pertama walaupun budget tiada. Rugi siapa yang tak beli pelita ni. Bulan puasa ni jangan beli makanan sampai membazir kalau makan tak apa. Jangan tak makan aje, duit tu boleh gunakan untuk beli barang barang buruk. Kawan kawan jangan terasa pulak, ayat tadi tu diungkapkan oleh anak jiran saya yang datang bertandang ke rumah saya tadi dengan emaknya, katanya rumah makcik Aina nii banyak simpan barang buruk macam kat kampung Tuk Wan dia. Sedihnya saya. Takpelah nama pun budak budak mereka masih tidak mengerti lagi betapa berharganya bebarang lama ni.











Closed up bunga VCR halus sekali bunganya dan pembuatan pelita lama ni. Ok kawan kawan. Semoga paparan kali ini dapat mereleasekan tension anda semua macam saya juga, apabila tertengok pelita cun ni. Selamat berhujung minggu.

1 ulasan:

  1. salam aina..cantiknya pelita VCR tue..manalah agak aina dpt ya...sungguh teruja mata memandang..Congrate aina.

    BalasPadam