Rabu, 4 Ogos 2010

Album Lama Bapa

Salam kepada semua sahabat maya. Didoakan semoga anda semua sihat sejahtera di samping keluarga tercinta. Pada hari ini saya akan menunjukkan lagi beberapa gambar lama yang telah di ambil oleh bapa pada awal tahun 1960 an dengan menggunakan kamera Agfa. Lihat album gambar di atas tu , itulah dia album lama bapa yang telah di beli pada tahun 1959 sebelum bapa mengakhiri zaman bujang pada penghujung tahun itu dengan emak. Tengok tu betapa romantiknya gambar di atas. Album ini telah dibeli oleh bapa di Singapura dan yang klasik sangat tu bila saya ternampak tulisan " made in Japan" di dalam album tersebut. Wah macam teko atau tureen lama yang kita simpan pulak semua made in Japan.
Agaknya awal tahun 1960 an Malaysia belum ada kilang album lagi. Hi hi hi. Seingat saya semasa zaman kanak kanak dulu , album ini memang bapa letakkan di dalam laci almari yang berkunci. Menurut kata emak memang bapa menjaga album ini betul betul dan tidak diletakkan di tempat umum kerana ditakuti kami akan merosakkannya.

Haa inilah dia koleksi gambar bapa dengan keluarga dan gambar bapa dengan kawan kawan ketika zaman muda dahulu. Lihat tu ada bermacam macam design gambar atau photo samada yang besar, sederhana atau kecil. Kata bapa semua boleh di ubah suai di kedai gambar rakan bapa yang berbangsa cina itu.





Inilah dia gambar bapa ketika berusia 25 tahun. Lihat almari lama di belakang tu. Kata bapa adalah beberapa cawan dan teko duduk di dalam almari tersebut tetapi tak berapa nampak dalam gambar ini. Cuba tengok hiasan dalaman kat dalam almari tu memang menggamit nostalgia lama kan .









Ini gambar emak tengah memangku abang saya yang sulung yang kini telah pun berusia 49 tahun. Cantik betul gambar ini pada saya ,emak nampak macam wanita melayu yang penuh dengan keayuan, kesopanan dan ciri ciri keibuan pada emak cukup terserlah walaupun ketika itu emak baru berusia 17 tahun.









Ok inilah dia gambar yang saya nyatakan dalam n3 semalam iaitu bapa menggunakan teknik mewarna dengan menggunakan pensil warna khas yang dipelajari daripada tauke kedai gambar tersebut. Lihat tu abang long saya dan abang ngah saya bergambar dengan basikal mereka. Nampak macam real je gambar tu kan memang bapa saya seorang yang kuat belajar dan berusaha untuk memajukan diri beliau ketika itu di dalam seni "photographi' ni. Sekian sahaja untuk paparan kali ini ya kita berjumpa di lain n3. Daa.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan