Jumaat, 6 Ogos 2010

Pusaka Lama Datuk

Salam semua sahabat maya. Pada hari ini saya nak menceritakan serba sedikit tentang barangan lama warisan datuk sebelah suami saya. Keluarga suami saya adalah dari keturunan Jawa. Seperti gambar di atas itu itu adalah gambar dacing lama. Menurut kata emak mertua, arwah datuk dahulu adalah seorang peniaga kedai runcit, jadinya emak selalu melihat datuk menggunakan dacing ini di kedainya. Set dacing ini tidak berapa lengkap sebab sebahagian daripada talinya telah dimakan tikus dan batu pemberat di hujung dacing juga telah dikeluarkan oleh suami saya ketika kecil dahulu untuk bermain bersama kawan kawannya dan macam biasalah selepas itu hilang entah ke mana pemberat tu.
Nasib baiklah dacing ini masih boleh diselamatkan lagi kalau tidak, sudah semestinya ia akan di angkut oleh penjual barangan buruk yang selalu mencari barang barang besi di kampung kampung terutamanya di belakang rumah tu. Emak berkata kadang kadang penjual ni pun terus mengangkut sahaja barang barang yang mereka nampak walaupun sebahagian barangan telah di asingkan oleh tuan rumah. So kawan kawan semua apabila anda balik kampung nanti, tolonglah cekk mana yang patut kat belakang rumah tuu kot kot terjumpa harta karun kalau tidak habis semua barang di sapu oleh saudagar barang buruk.

Closed up gambar dacing dari dekat. Cuba lihat betul betul masih boleh nampak kan jumlah sukatan kat tempat pemegang tu. Kata emak mertua saya orang dulu dulu menggunakan istilah kati dan tahil. Dulu masa kecik kecik saya pernah terdengar istilah ini tetapi zaman saya di sekolah rendah dulu sudah tidak di gunakan lagi. Sudah pastinya orang lama dan veteran mesti tau kan. Nantila kalau ada masa terluang saya akan bertanya dengan bapa saya. Dulu bapa saya mengajar ilmu hisab. Hi hi hi sekarang matematik daa.



Haa tengok ni, inilah dia pisau pemotong agar agar atau lengkong zaman dulu dulu. Emak mertua saya masih simpan tau dan masih digunakan lagi kalau nak memotong agar agar. Alamak lupalah nak tanya pisau ini di perbuat daripada apa kalau zaman sekarang stainless steel kan saya tak pastilah, rasanya macam tembaga. Nantilah bila balik kampung saya tanya. Hi hi.



Yang kecil tu ialah senduk nasi dan yang lagi satu ialah senduk untuk kuah. Kedua duanya emak masih gunakan lagi. Tengok tu nampak antik kan dan bentuknya pun lain dari yang lain. Ianya takdalah berat seperti senduk sekarang, nipis dan simple.



Daa ini adalah makanan kegemaran kami sekeluarga apabila balik ke kampung di rumah suami saya. Sambal goreng, asam pedas dan sayur sayur kampung. Memang sedap. Sampai jumpa lagi ya di lain n3.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan