Selasa, 17 Ogos 2010

Si Gelas Dan Jug Biru



Salam 7 ramadhan. Semoga rakan rakan maya sentiasa sihat menjalani ibadah puasa. Hari ni jom kita tengok gambar gelas dan jug lama pulak. Inilah dia satu satunya complete set yang emak saya ada untuk saya simpan di teratak Warisan Nenek. Bukannya apa banyak juga set minuman yang tak lengkap almaklumlah barang lama dan telah pun digunakan bertahun tahun bukan sahaja setiap hari raya tetapi juga digunakan untuk menghidangkan air kalau ada tetamu yang bertandang ke rumah dan juga bila ada majlis majlis tertentu. Kata emak set biru ni popular pada awal tahun 80 an dan kualiti kacanya juga sunggah tebal. Maka itulah sebabnya ianya dapat bertahan hingga sekarang.






Lihatlah tu betapa segak dan hensemnya jug berbunga biru biru kecil ni. Nampakkan berkilau kilau lagi kacanya dan ketebalan kaca juga terserlah.







Begitu juga dengan cawannya memang tinggi dan cun. Kenyanglah kalau beraya bila dihidangkan dengan air sirap ngan gelas tinggi ni. Kalau tak silap saya dulu bila tetamu datang emak akan alaskan bawah gelas ini dengan pelapiknya tetapi ianya bukan kaca lah macam stainless steel aje. Tapi sekarang tak taulah pergi ke mana alas tuu yang saya ingat tepi tepinya ada berkerawang dan memang cantik pun bahkan boleh dikatakan kalau dulu dulu bila time" kunjung raya memang popularlah, setiap rumah boleh dikatakan mesti ada alas gelas tuu mengikut kemampuan keluarga masing masingla.





Kelihatan enam gelas sedang memberikan tabik hormat lintas langsung kepada pengunjung setia yang selalu nyinggah di teratak Warisan Nenek. Terima kasih banyak banyak ye. Kita berjumpa dilain catatan. Assalamualaikum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan