Rabu, 18 Ogos 2010

Hitam Hitam Si Tampuk Manggis

Bertemu kembali kawan kawan. Mari kita lihat koleksi rose hitam pulak harini. Ini merupakan set yang pertama saya beli selepas terjebak didalam hobi mengumpul barang barang antik ni. Cantikkan, sunguh pun bunganya hitam dan sedikit tona kehijau hijauan di jambangan rose ini tetapi ia mampu menyerlahkan lagi kemanisan sang rose yang telah berjaya memukau pandangan mata setiap orang yang memandang serta dapat mengempiskan lagi poket tuan empunyanya agar terus membelinya tanpa menoleh ke belakang. Apalah ayat saya ni pagi pagi camni merepek meraban je. Rasanya semua otai antik dah ada bunga rose hitam ini dengan pelbagai design teko dan cawan. Saya masih terkial kial lagi dalam pencarian nak mengumpul set rose hitam pelbagai versi.





Closed up teko yang sungguh menawan nii







Sugar bowl dan creamer







Cawan bermulut lebar memang mengancam habiss







Piring kuih yang dapat melengkapkan lagi set minuman petang nii. Lengkaplah setengah dozen semuanya. Oklah kita jumpa lagi ya. Bye bye.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan