Selasa, 31 Ogos 2010

Salam Kemerdekaan

Bertemu kembali sahabat maya sekelian. Diharapkan agar anda semua sihat sejahtera di bulan ramadhan yang mulia ini. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan Malaysia yang ke 53 tahun kepada semua blogger, non blogger dan semua rakan rakan maya yang sudi membaca coretan saya ini. Marilah kita sama sama berdoa semoga negara kita sentiasa aman damai dan setiap bangsa saling bersatu padu untuk merealisasikan Satu Malaysia di mata dunia.
Jom kita lihat gelas keluaran merdeka seperti gambar di atas. Di kampung saya, banyak lagi jiran jiran saya yang menggunakan gelas gelas ini terutamanya semasa rombongan beraya. Itu kata ayah sayalah, jadi saya rasa cuti raya nanti saya nak merisik khabar untuk membelinya dari seorang jiran yang memang saya kenali. Gelas ini pun dulunya memang saya beli dari ibu jiran saya itu tetapi sekarang ibunya telah tiada. Time tuu saya cuma beli sepasang sahaja, sedangkan jiran saya tu menyimpan gelas ini berdozen dozen banyaknya. Hi hi hi jadi kawan kawan jangan lepaskan peluang beli gelas merdeka nii, antik tau. Beli jangan tak beli ianya sebagai koleksi sejarah negara kita mencapai kemerdekaan.





Tengok tu memang antik kan dan bertemakan " Hidoplah Malaya Merdeka". Ada cop lagi 31 st August 1957.













Yang ini pula gelas untuk orong johor laa. Tertulis di situ Kerajaan Duli Yang Maha Mulia Sir Ibrahim Sultan Johor daripada tahun 1895 hingga 1955. Tulisannya dalam tulisan jawi. Kalau saya tersilap tulis tolong bagitau ya, otai otai antik semua. Gelas yang ini pun dulu saya beli sepasang juga. Mengikut kata, ibu jiran saya itu yang saya panggil nenek, gelas ini dihadiahkan oleh peniaga berbangsa cina kepada bapa beliau iaitu seorang pekedai runcit, berdozen dozen juga mereka menerima daripada saudagar cina itu tetapi banyak juga yang pecah kerana sering digunakan terutamanya bila ada kenduri atau majlis perkahwinan.








Saya bangga menjadi anak Malaysia.





1 Malaysia Menjana Transformasi.




Hingga berjumpa di lain catatan. Selamat Bercuti. Merdeka, Merdeka,Merdeka.




Sabtu, 28 Ogos 2010

Bekas Kuih Raya



Salam 18 ramadhan kepada teman blogger yang beragama islam. Wah sekejap saja masa berlalu tup tup dah nak raya. Saya pun hujung minggu ni baru terkial kial nak soping beli bahan untuk wat kuih. Selalu beli jer tapi tahun ni nak mencuba buat biskut dua tiga macam jek. Harap harap menjadi biskut biskut tuu. Ke ki ki. Edisi hari ini cuma nak tayang bekas kuih lama je, orang dulu dulu memang suka warna coklat nii. Warna ni memang cunn sesangat. Jomlah cuci mata. Hanya balang kuih saja dapat dipamirkan , kuih dan biskutnya belum di beli lagi. Baru nak masuk gear hujung minggu ni wat biskut.








Cantikkan designnya yang berketak ketak tuu.








Ini pula piring kuih, bolehlah nak diisi dodol ke, biskut ke atau kek belang belang merah kuning tuu memang nampak cantik. Warna memang match laa ngan bekas kuih yang cantik tuu. Ok lah untuk kali ini. Kita jumpa dilain catatan ye. Bye.

Rabu, 25 Ogos 2010

VCR Pujaan Hatiku

Salam 15 ramadhan kepada semua rakan rakan blogger yang beragama islam. Minggu ni dah mula sibukkan nak wat kuih raya. Saya pun tengah terfikir fikir ni apalah jenis biskut raya yang saya nak wat nanti. Barang barangnye pun tak terbeli lai. Haii bila penyakit malass melanda serba serbi kena tengok mood dulu. Ni nak naikkan semangat mood nak buat kuih raya nii, jom lihat lihat pelita VCR berbentuk teko yang unik dan cantik nii. Jom lihatt. Zaasss





Memang cunn dan cantik betoii. Biasalah kalau pelita made in Japan nii, pembuatannya memang halus dan lukisanya nampak antik sesangat.









Pelita berbentuk teko yang terserlah keanggunannya. Ok selamat berbuka puasa dan jumpa di lain catatan. Assalamualaikum.


Isnin, 23 Ogos 2010

Lagi Pelita Pink Naga

Bertemu kembali sahabat maya semua. Jom lihat pelita pink naga yang saya ada.





Taraa, cantik tak. Pelita betopi yang bertelinga bulat dua ketul ni. Tengok tuu topinya ada berbentuk bayang bayang "love" samar samar je.





Closed up gambar naga yang abstrak, sekali pandang macam lukisan berwarna yang diconteng conteng je.


Yang ini memang cun dan terserlah kecintaan kepada dirinya dengan bertopikan lekukan lambang kasih sayang yang sejati. Susah tauw nak dapat pelita naga pink pink nii. Kalau kengkawan terjumpa ke bagi yang minat pelita la, beli terus semakin lama harga semakin melambung untuk pelita vintage nii.





Cun tuu, kihkih saya ni terlebih sudah puji pelita sendiri. Di bulan puasa ni kengkawan jangan marah ekk bila gaya penulisan saya dan pelita ni macam syok sendiri pulak. Ok kita jumpa di lain catatan. Bye bye.



Ahad, 22 Ogos 2010

Hitam Itu Menawan

Salam 12 ramadhan kepada sahabat maya yang beragama islam. Entry kali ini pula tentang gambar pinggan si rose hitam lagi. Di harap anda semua tak boring ye membaca dan melihat gambar si rose hitam ni. He hi hi.






Pinggan makan jenis besar sesuai untuk orang dewasa berbuka puasa. Kelihatan sejambak rose hitam sedang melingkar di atas pinggan dan di bawah pinggan pula hanyalah sekuntum rose hitam kecil ingin menemani ibunya yang keseorangan itu.







Pinggan makan jenis sederhana besar sesuai untuk anak anak pula berbuka puasa.





Pinggan yang sesuai untuk diisi sambal atan acar sebagai pelengkap selera. Ianya berlekuk lekuk dengan tiga jambangan rose hitam yang terlukis di dalam pinggan.



Piring kuih yang comel dihiasi dengan rose hitam yang kurus amat sesuai bila diisi buah kurma untuk berbuka puasa. Ok kawan kawan, hingga berjumpa di lain catatan. Asssalamualaikum.




Jumaat, 20 Ogos 2010

Sungguhpun Hitam Ku Pandang Manis

Bertemu kembali sahabat maya yang setia menjengok saya di sini. Paparan kali ini adalah sambungan n3 si tampok manggis. Kali ini jom kita lihat seperti gambar di atas teko bentuk "coffee pot" yang megah berdiri. Terpancar sinar kehijauan di sebalik rose hitam itu.





Bunga rose hitam ini saiznya lebih kecil sedikit dari gambar di bawah tapi di datangkan dari enam cawan set yang sama. Dulu masa membeli memang saya tak perasan pun tapi bila nak posing bergambar baru perasan. Nasib baik dua ketul je yang sesat.









Yang ini bunga rosenya lebih besar. Lawakan.





Oval plate yang paling murah saya beli. Walaupun besar dan berkilat tidak ku sangka dapat di miliki dengan hanya RM 15 sahaja. Macam tak percaya pulak.




Kalau n3 yang lepas, piring kuihnya berbentuk bulat tetapi yang ini lebih cantik dan berlekuk lekuk. Memang terancam dan harga pun berpatutan. Hingga jumpa lagi ya sahabat semua. Bye bye.




Rabu, 18 Ogos 2010

Hitam Hitam Si Tampuk Manggis

Bertemu kembali kawan kawan. Mari kita lihat koleksi rose hitam pulak harini. Ini merupakan set yang pertama saya beli selepas terjebak didalam hobi mengumpul barang barang antik ni. Cantikkan, sunguh pun bunganya hitam dan sedikit tona kehijau hijauan di jambangan rose ini tetapi ia mampu menyerlahkan lagi kemanisan sang rose yang telah berjaya memukau pandangan mata setiap orang yang memandang serta dapat mengempiskan lagi poket tuan empunyanya agar terus membelinya tanpa menoleh ke belakang. Apalah ayat saya ni pagi pagi camni merepek meraban je. Rasanya semua otai antik dah ada bunga rose hitam ini dengan pelbagai design teko dan cawan. Saya masih terkial kial lagi dalam pencarian nak mengumpul set rose hitam pelbagai versi.





Closed up teko yang sungguh menawan nii







Sugar bowl dan creamer







Cawan bermulut lebar memang mengancam habiss







Piring kuih yang dapat melengkapkan lagi set minuman petang nii. Lengkaplah setengah dozen semuanya. Oklah kita jumpa lagi ya. Bye bye.



Selasa, 17 Ogos 2010

Si Gelas Dan Jug Biru



Salam 7 ramadhan. Semoga rakan rakan maya sentiasa sihat menjalani ibadah puasa. Hari ni jom kita tengok gambar gelas dan jug lama pulak. Inilah dia satu satunya complete set yang emak saya ada untuk saya simpan di teratak Warisan Nenek. Bukannya apa banyak juga set minuman yang tak lengkap almaklumlah barang lama dan telah pun digunakan bertahun tahun bukan sahaja setiap hari raya tetapi juga digunakan untuk menghidangkan air kalau ada tetamu yang bertandang ke rumah dan juga bila ada majlis majlis tertentu. Kata emak set biru ni popular pada awal tahun 80 an dan kualiti kacanya juga sunggah tebal. Maka itulah sebabnya ianya dapat bertahan hingga sekarang.






Lihatlah tu betapa segak dan hensemnya jug berbunga biru biru kecil ni. Nampakkan berkilau kilau lagi kacanya dan ketebalan kaca juga terserlah.







Begitu juga dengan cawannya memang tinggi dan cun. Kenyanglah kalau beraya bila dihidangkan dengan air sirap ngan gelas tinggi ni. Kalau tak silap saya dulu bila tetamu datang emak akan alaskan bawah gelas ini dengan pelapiknya tetapi ianya bukan kaca lah macam stainless steel aje. Tapi sekarang tak taulah pergi ke mana alas tuu yang saya ingat tepi tepinya ada berkerawang dan memang cantik pun bahkan boleh dikatakan kalau dulu dulu bila time" kunjung raya memang popularlah, setiap rumah boleh dikatakan mesti ada alas gelas tuu mengikut kemampuan keluarga masing masingla.





Kelihatan enam gelas sedang memberikan tabik hormat lintas langsung kepada pengunjung setia yang selalu nyinggah di teratak Warisan Nenek. Terima kasih banyak banyak ye. Kita berjumpa dilain catatan. Assalamualaikum.

Ahad, 15 Ogos 2010

Bunga Idaman Wanita





Hai kawan kawan. Bertemu kembali kita di arena maya. Dah masuk hari ke lima harini kita berpuasa, amacam baju raya semua dah beli ke belum. Bagi sahabat yang menjual kuih atau lauk pauk di pasar ramadhan tu atau yang ambik upah baju raya ke, biskut raya ke tentu seronok kan bila mengenangkan duit banyak nak masuuk bila menjelang lebaran ni. Bagi yang takde kemahiran nak menjahit,membuat biskut raya atau masak lauk pauk untuk niaga macam saya ni kenalah harapkan duit suami je. Hi hi hi. Saja buat cerita selingan pagi pagi ni hilangkan mengantuk. Jom tengok koleksi two roses saya yang ciputt ni. Janji adakan.










Bermula dengan hanya membeli dari adik Ezany dari Gopeng tuu, tup tup beranak pinak pulak set ini tak sampai sebulan. Memang tak di sangka sangka dapat pulak cawan mini yang memang sesuai dengan teko mini ni. Beli dua je tupun mahal. Tawar menawar pun tak di bagi penjual tu kata harga patut. Kalau dah camtu saya ambik je lah bukannya apa kalau orang tak ikhlas nak bagi harga murah pun tak guna kan nanti tak berkat pulak apa juga barang yang kita nak beli dan bawa balik ke rumah.









Haa tuu dia, tengoklah cawan mini two roses ni. Memang cantik dan buatan Jepun lagi. Kalau kawan kawan nak tengok koleksi Ezany klik kat sini.









Yang ni pulak mangkuk mini kecil mungkin sesuai untuk makan bubur bagi orang yang diet dan boleh juga di gunakan sebagai acuan kuih lompang. Kalau kawan kawan nak tengok Yatt nye koleksi two roses ni boleh klik di sini.









Ending story harini seperti gambar di atas tiga ketul piring sambal atau sos. Nampak yang berlekuk tulah paling mahal. Piring ni saya dapat dengan harga RM sepuluh ringgit kalau dulu agaknya tak sampai dua ringgit kot. Ok lah jumpa lagi ya.Bye bye.



Sabtu, 14 Ogos 2010

Pelita VCR

Bertemu kembali. Hari ini jom kita tengok pelita VCR yang baru tiba di teratak Warisan Nenek. Memang cantik dan mengancam. Lain dari yang lain siap ada dulang kecil lagi untuk alas pelita ni. Didatangkan dari negara matahari terbit. Untuk kak Rafidah sama samalah kita kumpul pelita VCR ni ye. Naib baik ada geng online macam akak. Barulah terasa meriah dunia pelita.





Memang tergoda dengan jelingan pandang pertama walaupun budget tiada. Rugi siapa yang tak beli pelita ni. Bulan puasa ni jangan beli makanan sampai membazir kalau makan tak apa. Jangan tak makan aje, duit tu boleh gunakan untuk beli barang barang buruk. Kawan kawan jangan terasa pulak, ayat tadi tu diungkapkan oleh anak jiran saya yang datang bertandang ke rumah saya tadi dengan emaknya, katanya rumah makcik Aina nii banyak simpan barang buruk macam kat kampung Tuk Wan dia. Sedihnya saya. Takpelah nama pun budak budak mereka masih tidak mengerti lagi betapa berharganya bebarang lama ni.











Closed up bunga VCR halus sekali bunganya dan pembuatan pelita lama ni. Ok kawan kawan. Semoga paparan kali ini dapat mereleasekan tension anda semua macam saya juga, apabila tertengok pelita cun ni. Selamat berhujung minggu.

Jumaat, 13 Ogos 2010

Pelita Ku Bertopi

Salam kepada semua sahabat maya. Pada hari ini jom kita cuci mata dengan koleksi pelita porcelain topi yang saya ada. Pelita gambar naga di atas adalah pelita lama dari kaum baba dan nyonya melaka. Itu adalah mengikut kata penjual pelita tu. Kata beliau lagi kalau nak tau yang lagi lama species bernaga pink ni, kita kena tengok kat topinya kalau yang ada ukiran "love" tu kira barula daripada pelita saya ni. Ukiran naga ni memang sungguh unik kalau sekali pandang je nampak macam lukisan abstrak je.


Memang cantikkan pelita ini, first time beli original kaler pink lagi, biasanya nak kaler pink kena spray dan didecal lagi oleh teman teman FA.





Ini pelita ninja.





Pelita ayam berenang di tepi kolam teratai.







Closed up ayam dan bunga teratai sungguh unikkan. Ok jumpa di lain catatan.

Khamis, 12 Ogos 2010

Selamat Hari Jadi Papa

Salam kepada semua sahabat maya. Semoga kalian semua sihat menjalani ibadah puasa. Semalam 11 ogos adalah hari jadi suami saya. Memandangkan hari jadi suami bersamaan dengan hari pertama kita berpuasa makanya tak adalah agenda memotong kek hanya makan makan lauk pauk untuk berbuka puasa sahaja dan sedikit kuih muih serta cup cake special yang disaluti ice cream perasa oreo yang dibelikan oleh suami khas untuk anak anak.
Bersempena dengan hari jadi papa ini , saya dan anak anak sentiasa berdoa semoga papa sentiasa sihat, dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki dan keluarga kita sentiasa bahagia dan dirahmati allah selalu. To my lovely husband Mr Razi , i always love you.